Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
[KEMAS KINI] Dua orang termasuk warga emas maut, kereta dihempap pokok tumbang | Scoop

[KEMAS KINI] Dua orang termasuk warga emas maut, kereta dihempap pokok tumbang

Pihak bomba berkata, dua orang terlibat dalam kejadian itu iaitu seorang penunggang motorsikal berusia 23 tahun dan seorang lelaki berumur 65 tahun

6:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua orang termasuk seorang warga emas berusia 65 maut selepas keretanya dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Bukit Belacan, Kg Lembah Jaya Utara, Ampang, pada jam 3.51 petang tadi.

Menurut Komander Operasi Bomba dari Balai Bomba Ampang, Muhammad Najib Md Salleh, seorang lagi yang terlibat dalam kejadian pokok tumbang itu ialah seorang lelaki berusia dalam lingkungan 23 tahun.

Jelasnya, Bomba menerima panggilan pada jam 3.51 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

“Dua orang terlibat dalam kejadian itu iaitu seorang penunggang motorsikal berusia 23 tahun dan seorang lelaki berumur 65 tahun.

“Lelaki berusia 65 tahun itu bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),’’ katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, usaha mengeluarkan mangsa sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. – 19 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related