Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Dipecat dari Umno, Isham tidak berhasrat sertai mana-mana parti buat masa ini | Scoop

Dipecat dari Umno, Isham tidak berhasrat sertai mana-mana parti buat masa ini

“Saya baru seminggu dipecat. Saya tak fikir lagi. Saya dah lama dalam Umno sebab itu tak fikir nak masuk parti mana. Jadi tunggu-tunggulah."

4:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti politik buat masa ini, selepas dipecat daripada Umno.

Menurutnya, ini kerana beliau sudah lama berada di dalam Umno dan baharu seminggu dipecat.

“Saya baru seminggu dipecat. Saya tak fikir lagi. Saya dah lama dalam Umno sebab itu tak fikir nak masuk parti mana. Jadi tunggu-tunggulah,’’ katanya ketika menjadi panel dalam program yang membincangkan mengenai Kepimpinan Negara ‘ Dalam Menghadapi Kemelut Politik Melayu Kini dan Masa Depan’.

Ia dianjurkan Institut Kepimpinan Zaaba (ZIL), di sini, malam tadi.

Isham telah dipecat dari Umno selepas tidak hadir pada mesyuarat MKT Umno yang diadakan pada 7 Disember lalu.

Sehari sebelum mesyuarat berkenaan diadakan, beliau telah memaklumkan tidak akan menghadirinya sebagai tanda protes kepada pucuk pimpinan presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Isham, sebagai ahli MKT bagi penggal kedua, beliau dapat membaca apa yang akan dilakukan oleh Zahid dalam mesyuarat terbabit.

“Saya tetap dengan pendirian itu (protes) selagi Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk kekal menyertai pilihan raya bersama DAP,’’ katanya. – 17 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related