Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kerjasama Umno, Warisan: ‘Ia bukan sesuatu yang mustahil’ | Scoop

Kerjasama Umno, Warisan: ‘Ia bukan sesuatu yang mustahil’

Bung Moktar sebelum ini hadir ke Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan (Warisan)

1:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Kerjasama dengan mana-mna parti bukanlah sesuatu yang mustahil dalam menghadapi pilihan raya”.

Demikian jelas Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam hantarannya di laman media X hari ini.

Beliau baru-baru ini menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan (Warisan) di Kota Kinabalu, mencetuskan desas-desus mengenai kerjasama kedua-dua parti berkenaan.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu bagaimanapun memberi jawapan ‘selamat’ apabila ditanya mengenai kerjasama antara Umno-Warisan menjelang pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Menurut Bung Moktar, untuk menang, Umno kena buat kerja seperti ‘orang mahu menang’.

“Berserah kepada takdir, itu bukan pilihan,” katanya.

Cakap-cakap mengenai kerjasama Umno-Warisan bermula sejak awal tahun ini ketika kemelut politik dikenali ‘Langkah Kinabalu’.

Langkah itu dikatakan gagal sehingga Bung Moktar memberi bayangan menjalin kerjasama dengan Warisan.

Terdahulu dalam perhimpunan agung itu, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti itu akan menjalin kerjasama dengan Umno Sabah dalam PRN yang dipercayai tahun depan untuk menentang kerajaan negeri yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut Mohd Shafie, perkara itu bukan mustahil dan pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjalin kerjasama dengan Umno Sabah sekiranya ia untuk kepentingan rakyat. – 17 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related