KUALA LUMPUR – Bukan sekadar khabar angin lagi, kini pelakon Hafidz Roshdi sudah selamat mendirikan rumahtangga dengan cinta pertamanya, Athira Yuhada.
Hafidz mengahwini Athira dalam satu majlis pernikahan secara tertutup di sebuah dewan pernikahan di Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.
Hanya dengan sekali lafaz, Hafidz sah memperisterikan Athira dengan mas kahwin sebanyak RM300.
Pasangan itu mengenakan baju pengantin rona putih sedondon.
Hafidz berkongsi berita gembira itu menerusi foto dan video akah nikah yang dimuatnaik di akaun Instagram.
Dia juga turut menulis kapsten: “Alhamdulillah #HafidzAthira”.
Sebelum ini, tular gosip mengatakan Hafidz akan mengahwini Athira.
Namun, pelakon Ku Punya Hati dan Melastik Ke Hatimu 2 itu, enggan mengulas dakwaan terbabit sewaktu disoal pengamal media.
Terdahulu, Athira didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangga Hafidz dan bekas isteri, Nurul Shuhada.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016, namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.
Perceraian mereka yang penuh kontroversi mendapat liputan cukup meluas daripada pengamal media.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan Itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Humairah, 6, dan Umar, 3 tahun. – 16 Disember, 2023