Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Fadhlina ziarah keluarga Zayn Rayyan | Scoop

Fadhlina ziarah keluarga Zayn Rayyan

Selain menyampaikan sumbangan, Fadhlina turut dilihat menenangkan ibu mangsa, Ismanira Abdul Manaf

10:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meluangkan masa menziarahi keluarga kanak-kanak autism berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin hari ini.

Beliau menerusi ciapan di aplikasi X turut berkongsi beberapa keping gambar dalam ziarah berkenaan.
Selain menyampaikan sumbangan, Fadhlina turut dilihat menenangkan ibu mangsa, Ismanira Abdul Manaf.

“Menziarahi keluarga adik Zayn Rayyan.

Takziah saya ucapkan dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Saya juga mendoakan agar segala urusan keluarga arwah dipermudahkan. Amin. Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali,” tulisnya.

Terdahulu, Scoop melaporkan Zayn yang dilapor hilang, ditemui meninggal dunia.

Hari ini, genap sembilan hari siasatan dijalankan ke atas pembunuhan Zayn Rayyan selepas mayat kanak-kanak itu ditemui di sungai, kira-kira 100 meter dari rumahnya di Damansara Damai dekat sini pada 6 Disember lalu.

Kematian Zayn kemudian diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Usaha mengesan pelaku kes berkenaan kini giat dijalankan termasuk pemeriksaan dari rumah ke rumah yang dijalankan di Apartment Damai, di kawasan berkenaan. – 15 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related