Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bekas KP J-Kom, Agus beri keterangan pada polis | Scoop

Bekas KP J-Kom, Agus beri keterangan pada polis

Beliau tiba sekitar jam 11 pagi diiringi oleh peguamnya, ZafleePakwanteh, dan keluar dari balai polis pada jam 1.17 petang.

2:25 PM MYT

 

KAJANG – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Mohammad Agus Yusoff telah memberikan keterangan selama kira-kira dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.

Beliau tiba sekitar jam 11 pagi diiringi oleh peguamnya, Zaflee Pakwanteh, dan keluar dari balai polis pada jam 1.17 petang.

Kedua-duanya bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media yang menunggu di situ, sebaliknya terus menuju ke kenderaan.

Agus, disiasat berhubung rakaman video tidak senonoh yang didakwa memaparkan beliau dan Penolong Pegawai J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, yang telah tular di media sosial.

Bagaimanapun kedua-duanya dalam satu sidang akhbar mendakwa video perbualan mereka yang tular di media sosial sebenarnya sudah disunting.

Pada 20 November lalu, Agus telah memberikan keterangan di balai polis yang sama.

Beliau sebelum ini turut mendakwa mengenai peranan ‘Mr H’ sebagai dalang membabitkan kes rakaman video terbabit.

Agus meletak jawatan pada bulan lepas sebelum klip video berkenaan menjadi tular. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related