Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kren tumbang: Perkhidmatan Komuter, ETS kembali pulih | Scoop

Kren tumbang: Perkhidmatan Komuter, ETS kembali pulih

KTMB memaklumkan tren komuter pertama bernombor 2301 telah memulakan operasi seawal 5.05 pagi tadi dari stesen Tanjung Malim ke KL Sentral

10:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesemua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang bagi laluan Tanjung Malim-KL Sentral-Tanjung Malim dan tren elektrik (ETS) yang terjejas akibat sebuah kren binaan patah antara Rawang dan Kuang, dua hari lepas telah kembali pulih.  

KTMB dalam kenyataan memaklumkan tren komuter pertama bernombor 2301 telah memulakan operasi seawal 5.05 pagi tadi dari stesen Tanjung Malim ke KL Sentral.

 “KTMB memohon maaf sekali lagi atas kejadian yang berlaku. Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama penumpang yang terkesan dan menghargai perhatian serta pemahaman anda,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200 atau mendapatkan maklum balas segera melalui Messenger Facebook rasmi KTMB. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related