KUALA LUMPUR – Pengarah dan penerbit Mentega Terbang, mengemukakan tindakan saman terhadap kerajaan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung perintah larangan terhadap filem bebas itu.
Menurut kenyataan ringkas Lawyers for Liberty, permohonan semakan kehakiman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Disember lalu, manakala pendengaran kes ditetapkan 31 Januari tahun depan.
Pemohon memohon perintah untuk membatalkan keputusan Saifuddin serta memintanya membatalkan warta bertarikh 1 September dan perisytiharan bahawa Seksyen 26 Akta Penapisan Filem 2002 adalah tidak berperlembagaan. – 8 Disember, 2023
BERITA LANJUT MENYUSUL