Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tiada rakyat Malaysia terlibat kecelakaan letupan Gunung Marapi | Scoop

Tiada rakyat Malaysia terlibat kecelakaan letupan Gunung Marapi

Setakat ini 23 disahkan meninggal dunia, semuanya pendaki

12:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian letupan Gunung Marapi di wilayah Sumatera Barat, Indonesia.

Demikian pengesahan oleh Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia susulan letusan Gunung Marapi yang menghamburkan hujan abu tebal, Ahad lalu.

Abu tebal itu tersebar sejauh kira-kira radius tiga kilometer serta mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda di kawasan berhampiran.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Indonesia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Menurut kementerian itu, jika mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan:
Alamat: Jalan P. Diponegoro No. 43, Medan 20152, Sumatera Utara, Republik Indonesia
No. Telefon: +62 61 4531342/+62 61 4523992
E-mel: mwmedan@kln.gov.my
 
Menurut laporan media, seramai 23 orang, semuanya pendaki, disahkan meninggal dunia.

Mereka antara 75 individu mendaftar untuk mendaki Marapi apabila gunung berapi itu tiba-tiba meletus pada petang Ahad.

Seramai 52 pendaki lain berjaya diselamatkan. – 7 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related