Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sumbang terus kepada tabung khas, bukan mereka yang dakwa ada akses kepada Gaza | Scoop

Sumbang terus kepada tabung khas, bukan mereka yang dakwa ada akses kepada Gaza

Orang ramai dinasihat ikut prosedur supaya wang derma sampai kepada rakyat Palestin

3:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Terus menyumbang kepada Tabung Khas Kemanusiaan Palestin di bawah Kementerian Luar Negeri.”

Demikian tegas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid kepada mana-mana pihak yang mahu menghulurkan sumbangan bagi membantu penduduk Palestin di Gaza.

Malah beliau menasihatkan supaya mereka mengikut prosedur yang betul berbanding menderma melalui pertubuhan atau individu yang mendakwa mempunyai akses kepada Gaza atau Tebing Barat.

“Jadi saya nasihatkan ikut prosedur yang betul supaya wang yang tuan-tuan, puan-puan dermakan sampai kepada rakyat Palestin yang benar-benar memerlukan,” katanya seperti dipetik melalui Media Digital Johor di Facebook hari ini.

Mohd. Fared berkata, dengan penderitaan demi penderitaan yang membelenggu penduduk Palestin, rakyat perlu terus menyalurkan sumbangan melalui tabung khas berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Aman Palestin melalui akaun di Facebook miliknya mendakwa, pertubuhan kemanusiaan itu ‘menceritakan’ mengenai keperluan menuntut RM10 juta untuk dikeluarkan.

Ini susulan jumlah tersebut daripada akaunnya yang dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan ke atas dakwaan penyalahgunaan dana sumbangan.

“Mari kami ajak anda untuk berfikir sejenak. Sepanjang hampir 19 tahun Aman Palestin tertubuh, inilah peperangan yang paling sengit dan paling mencengkam rakyat Palestin.

“Tapi, apa yang jadi di Malaysia hari ini? RM10 juta milik rakyat Palestin disekat, dalam waktu perang, belasan ribu terkorban, saudara kita menggigil kesejukan. Nak tahu ke manakah RM10 juta yang kita tuntut?” soalnya.

Aman Palestin berkata, daripada jumlah tersebut, RM8 juta perlu disumbangkan kepada Palestin manakala masing-masing RM500,000 kepada mangsa pelarian di Syria, Yaman dan Lubnan.

“RM10 juta bukan milik kita, semuanya milik saudara kita di Palestin, Syria, Yaman dan Lubnan,” dakwanya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menggesa SPRM untuk membenarkan Aman Palestin Berhad menggunakan RM10 juta daripada akaun yang dibekukan untuk membantu penduduk di Gaza.

Beliau menzahirkan kebimbangan mengenai penderitaan penduduk Palestin akan bertambah menjelang musim sejuk, selepas berdepan serangan dan kekejaman Israel.

Bagaimanapun ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azim Baki menegaskan dana Aman Palestin Berhad yang dibekukan tidak boleh dikeluarkan sehingga siasatan diselesaikan agensi itu.

Jelasnya, siasatan terhadap akaun badan bukan kerajaan itu (NGO) ketika ini adalah serius kerana membabitkan kepentingan awam. – 3 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related