Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PRK Kemaman: Pusat pengundian ditutup, proses penjumlahan undi bermula | Scoop

PRK Kemaman: Pusat pengundian ditutup, proses penjumlahan undi bermula

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi yang direkodkan setakat 4 petang ialah 60 peratus daripada 141,043 pengundi pengundi berdaftar

6:36 PM MYT

 

CHUKAI – Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman yang bermula sejak 8 pagi tadi, selesai selepas 49 pusat pengundian ditutup pada 6 petang.

Semua peti undi dari 49 pusat mengundi melibatkan 244 saluran mengundi dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman di sini, sebelum keputusan rasmi diumumkan, dijangka pada 9 malam ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi yang direkodkan setakat 4 petang ialah 60 peratus daripada 141,043 pengundi pengundi berdaftar.

Sebelum ini 387 anggota Polis Diraja Malaysia dan enam anggota tentera yang sepatutnya mengundi awal pada 28 Nov, diarah melaksanakan undi secara pos bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja menyelamat dan bertugas pada musim banjir.

Manakala, pada 28 November lepas, proses pengundian awal tetap dijalankan di Balai Polis Kijal, di sini melibatkan hanya tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera.

PRK Parlimen Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lepas yang membatalkan kemenangan Che Alias Hamid daripada PAS, pada Pilihan Raya Umum Ke-15. – 2 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related