Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tiada tren di Stesen Dato’ Keramat demi keselamatan, pengangkutan alternatif diaktif: Rapid KL | Scoop

Tiada tren di Stesen Dato’ Keramat demi keselamatan, pengangkutan alternatif diaktif: Rapid KL

10:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dihentikan sementara di Stesen Dato’ Keramat di sini, malam ini susulan gangguan teknikal.

Perkara itu dimaklumkan Rapid Rail (Rapid KL) menerusi hantaran di Facebook dan Twitter.

Menurutnya, bagi keselamatan pengguna, tiada perkhidmatan tren di Stesen Dato’ Keramat.

“Tren dari Gombak akan berpatah balik di Setiawangsa, manakala tren perantara (disediakan) di antara Setiawangsa dan KLCC.

“Tren perantara antara KLCC dan Pasar Seni serta tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Pasar Seni,” katanya.

Rapid KL memaklumkan, susulan situasi itu, perkhidmatan tren alternatif diaktifkan.

Malah, bagi memudahkan pengguna, Rapid KL menyediakan perkhidmatan bas bernombor pendaftaran WVL 581 dari Stesen Damai ke Stesen Dato’ Keramat, dengan kekerapan setiap 15 minit hingga 20 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa.

“Untuk bantuan, penumpang boleh merujuk pegawai stesen atau polis bantuan,” katanya.

Ujarnya, perkhidmatan bas perantara percuma turut disediakan di antara Stesen Damai ke Stesen Dato’ Keramat dan Stesen Dato’ Keramat ke Stesen Jelatek, dengan tempoh kekerapan sama. – 1 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related