Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Larangan lagu Tamil: Fadhlina mohon maaf, pegawai cuai sudah dikenakan tindakan | Scoop

Larangan lagu Tamil: Fadhlina mohon maaf, pegawai cuai sudah dikenakan tindakan

Beliau turut menegaskan perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan KPM memberi jaminan insiden berkenaan tidak akan berulang

7:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melahirkan kekesalan dan memohon maaf kepada komuniti India yang tersinggung isu lagu Tamil dilarang dinyanyikan pada satu acara di Pulau Pinang, baru-baru ini, dengan menyifatkan insiden terbabit tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata, pihaknya memberikan jaminan kepada semua bahawa perkara itu tidak akan berulang.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengambil tindakan tegas kepada pegawai yang didapati cuai dalam melaksanakan perkara yang berkaitan dengan sensitiviti.

“Mengenai lagu dan isu cukup panas berlaku di Pulau Pinang…saya juga cukup terpanggil untuk menyatakan yang pertama, merasakan isu ini cukup dekat dengan kerajaan Madani kerana ia tidak sepatutnya berlaku.

“Saya mengambil kesempata ini untuk menggunakan sepenuhnya taggungjawab dan melahirkan kekesalan saya yang mendalam, saya ingin memohon maaf kepada komuniti india, khusunya yang tersinggung dengan keadaan dan kesilapan teknikal komunikasi dan barangkali apa sahaja tujuan yang berlaku pada majlis tersebut, ia tidak sepatutnya berlaku.

“Untuk makluman YB, lagu Tamil Valthu akan dinyanyikan dalam majlis sambutan Deepavali Peringkat Pulau Pinang pada 29 November, supaya dapat dihayati semua warga pendidik di negeri ini, tidak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Dewan Rakyat di sini hari ini.

Pada masa sama, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, tidak pernah timbul isu bahawa KPM atau Kerajaan Perpaduan tidak sensitif atau berniat meminggirkan mana-mana kaum.

“Isu terbabit sememangnya ‘unintended’ (tidak disengajakan) dan ‘unprecedented’ (belum pernah berlaku),” katanya.

Justeru penjelasan diberikan Fadhlina, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mengucapkan terima kasih sambil memberikan komitmen bahawa masyarakat akan terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan.

“Terima kasih…Kita akan beritahu orang India di luar tak perlu tubuh parti baharu, parti ini sudah cukup, kita nak beritahu orang lain ini pihak ketiga tak perlu tubuhkan parti lain untuk menuntut hak orang India.

“Kita di sini akan menyokong Kerajaan Perpaduan, YB Tambun akan terus memastikan kesejahteraan semua rakyat Malaysia akan terus terbela,” katanya dengan gaya bersemangat sambil mengundang tawa beberapa Ahli Parlimen, termasuk Fadhlina.

Terdahulu, tular insiden lagu tradisi Tamil, iaitu Kadavul Valthu dan Tamil Valthu dilarang dinyanyikan pada Majlis Perasmian Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan 2023 di Kepala Batas.

Justeru, isu terbabit mencetuskan rasa tidak puas hati segelintir pihak, terutama kaum India yang menyifatkan larangan itu sebagai tidak menghormati mereka. – 27 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related