Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Isu penempatan guru: Fadhlina tempelak Radzi, ‘kita buat lagi laju YB’ | Scoop

Isu penempatan guru: Fadhlina tempelak Radzi, ‘kita buat lagi laju YB’

Penempatan kepada pelajar institusi pengajian awam membabitkan bidang pengajian itu, termasuk di universiti dan institut pendidikan guru (IPG) ditetapkan sebelum mereka konvokesyen

5:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, kementeriannya melaksanakan dan berusaha menyelesaikan isu penempatan guru lebih cepat daripada pentadbiran kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, penempatan kepada pelajar institusi pengajian awam membabitkan bidang pengajian itu, termasuk di universiti dan institut pendidikan guru (IPG) ditetapkan sebelum mereka konvokesyen.

“YB (Yang Berhormat), kita buat lagi laju YB. Sebelum mereka (pelajar) konvokesyen mereka sudah dapat penempatan.

“Jadi ini antara perkara yang sudah pun dilaksanakan dan memastikan penempatan ini dibuat lebih awal,” katanya.

Fadlina berkata demikian sebagai respon kepada bekas Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin yang juga Ahli Parlimen Putrajaya pada sesi Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Radzi bangkit mencelah sesi perbahasan Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, dengan menegaskan sewaktu beliau menerajui Kementerian Pendidikan, ia merancang supaya bakal guru ditemuduga lebih awal, iaitu ketika mereka masih di universiti.

Radzi berkata, ia membolehkan isu penempatan guru diselesaikan apabila mereka bergraduasi.

“Begitu juga konsep yang kita nak pakai untuk IPG, dulu keluar IPG nak kena tunggu lama baru boleh masuk dalam perkhidmatan servis kat sekolah, so (jadi) apakah status pelaksanaan pendekatan tersebut,” soal Radzi.

Dalam perbahasannya, Fadhlina menjawab kenyataan Radzi yang memaklumkan pihaknya menerima aduan terdapat 50 pelajar bidang pendidikan mendakwa masih tidak mendapat tempat.

“Sebenarnya ada 70 orang dan kita sedang melakukan temu duga. Keseluruhan 50 aduan YB kata tadi dan 20 orang lagi akan disekalikan penempatannya, itu adalah dari segi tindakan terus yang akan kita laksanakan,” katanya.

Mengulas mengenai isu kekurangan guru pula, Fadhlina berkata, beliau mengambil perhatian dan tanggungjawab penuh berhubung perkara itu.

“Pertama, kekurangan guru ini adalah isu sementara.

“Kedua, inisiatif yang sedang kita lakukan termasuk prakasa-prakasa bersama dengan SPP, IPG dan KPT sentiasa kita lakukan, bagi memastikan isu ini dapat ditangani dengan segera serta sebaiknya,” katanya. 27 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related