Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Wanita ditemukan maut, rakan tidak sedarkan diri dalam kereta | Scoop

Wanita ditemukan maut, rakan tidak sedarkan diri dalam kereta

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan keracunan gas karbon monoksida

5:02 PM MYT

 

KOTA BHARU – Seorang wanita berusia 20 tahun ditemukan maut manakala seorang lagi rakannya tidak sedarkan diri dalam kereta, di sebuah stesen minyak dekat Jalan Sultan Ibrahim, di sini, 10.17 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ke atas mangsa dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan keracunan gas karbon monoksida.

“Hasil pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati seorang lelaki Melayu berumur 20 tahun dan seorang wanita Melayu berumur 20 tahun telah terbaring tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Myvi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat wanita itu telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mohd Rosdi turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut dan menghormati privasi keluarga mangsa.

Topics

 

Hangat

Related