Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bekas KP J-Kom, Agus tiba di balai polis untuk beri keterangan | Scoop

Bekas KP J-Kom, Agus tiba di balai polis untuk beri keterangan

Agus, yang ditemani dua peguamnya kelihatan tenang dan ceria sambil melambai ke arah petugas media yang menunggu di luar IPD Kajang

2:32 PM MYT

 

KAJANG – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Mohammad Agus Yusoff tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada jam 2.05 petang ini bagi memberi keterangan berhubung video kontroversi perbualan lucah melibatkan dirinya dan Penolong Pegawai J-Kom, Abdul Wahab Kadir Jilani.

Agus, yang ditemani dua peguamnya kelihatan tenang dan ceria sambil melambai ke arah petugas media yang menunggu di luar IPD Kajang.

Sebelum ini tular video berdurasi tiga minit menerusi media sosial yang memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Agus dengan Wahab.

Agus pada sidang medianya di sebuah hotel di Bangi, sebelum ini mendakwa video itu disunting dan laporan polis berhubung perkara berkenaan sudah dibuat.

Beliau menghabiskan masa selama tiga jam ketika memberi keterangan kepada polis dan keluar dari balai pada pukul 5.30 petang.

Ketika ditemui media, Agus memaklumkan beliau memaklumkan kepada polis siapa ‘Mr H’ dan meminta polis menyiasat.

Agus juga membuat laporan polis mengenai blogger Raja Petra. – 20 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related