Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bekas Pengerusi Bersih, Ambiga dicadang terajui SPR | Scoop

Bekas Pengerusi Bersih, Ambiga dicadang terajui SPR

Cadangan itu susulan Pengerusi SPR ketika ini akan bersara pada Mei tahun depan

5:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang melantik bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.

Cadangan itu dikemukakan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, ia susulan pengerusi sedia ada, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, akan bersara pada Mei tahun depan.

“Bagaimana Kerajaan Perpaduan akan melantik pengerusi (SPR) baharu?

“Adakah mereka akan melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau Ahli Parlimen boleh cadangkan nama?” soalnya sambil mencadangkan nama Ambiga sebagai pengerusi baharu.

Poay Tiong berkata, beliau berharap kerajaaan boleh mempertimbangkan cadangan itu.

“Saya berharap supaya kerajaan boleh mempertimbangan cadangan ini,” katanya.

Ambiga adalah seorang peguam dan aktivis kemanusiaan.

Malah, beliau pernah menjadi Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang berusaha mereformasi sistem pilihan raya di Malaysia. – 6 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related