Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Hamas tangguh pemindahan warga asing dari Gaza ke Mesir: pegawai sempadan | Scoop

Hamas tangguh pemindahan warga asing dari Gaza ke Mesir: pegawai sempadan

Tiada pemegang pasport asing akan dapat meninggalkan Semenanjung Gaza sehingga mangsa cedera yang perlu dipindahkan dari hospital di utara Gaza diangkut melalui lintasan Rafah ke Mesir

10:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Hamas menangguhkan pemindahan warga asing ke Mesir semalam selepas Israel enggan membenarkan beberapa rakyat Palestin yang cedera dipindahkan ke hospital Mesir, kata seorang pegawai sempadan.

“Tiada pemegang pasport asing akan dapat meninggalkan Semenanjung Gaza sehingga mangsa cedera yang perlu dipindahkan dari hospital di utara Gaza diangkut melalui lintasan Rafah ke Mesir,” kata pegawai itu yang enggan namanya didedahkan.

Sumber keselamatan Mesir mengesahkan kepada AFP bahawa “tiada mangsa yang cedera atau pemegang pasport asing tiba di terminal Mesir melalui lintasan Rafah, semalam.

Menurutnya, pemindahan itu ditangguhkan “selepas pengeboman ke atas ambulans yang digunakan untuk mengangkut orang awam yang cedera dalam perjalanan ke terminal Mesir”.

Kelmarin, tentera Israel mengaku menyerang sebuah ambulans di luar hospital Al-Shifa, pusat kesihatan terbesar di Gaza dengan mendakwa ia digunakan oleh pejuang Hamas.

Sekurang-kurangnya 15 maut manakala 60 lagi cedera dalam serangan itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Israel melancarkan perang menentang Hamas di Gaza berikutan serangan kumpulan terbabit pada 7 Oktober lalu yang didakwa meragut 1,400 nyawa kebanyakannya orang awam.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan udara, darat dan laut ke atas wilayah itu mengorbankan hampir 9,500 rakyat Palestin. – Agensi

Topics

 

Hangat

Related