Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
200 penduduk Semenyih, Bangi dipindahkan akibat banjir | Scoop

200 penduduk Semenyih, Bangi dipindahkan akibat banjir

Operasi memindahkan mangsa bermula 4.30 pagi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada MERS999

10:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kira-kira 200 penduduk di Taman Semenyih Indah dan Kampung Bangi Lama, Selangor dipindahkan selepas rumah mereka terjejas banjir, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi memindahkan mangsa bermula 4.30 pagi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada MERS999.

Beliau berkata, sebanyak 14 rumah di Taman Semenyih Indah membabitkan 50 orang dinaiki air setinggi 1.5 meter dan trend air semakin menurun.

“Di Kampung Bangi Lama, pasukan bomba membantu memindahkan kira-kira 50 mangsa daripada 10 keluarga selepas 10 kediaman dinaiki air hingga paras pinggang… trend air semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Ahmad Mukhlis berkata, seramai 100 mangsa di Kampung Bangi Lama berpindah sendiri ke tempat selamat.

Menurutnya, setakat ini semua mangsa dipindahkan ke Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bangi dan Tadika Perpaduan Taman Bangi Ria. – 5 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related