Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Peruntukan kawasan: PM Anwar minta MP pembangkang terus bincang dengan Fadillah | Scoop

Peruntukan kawasan: PM Anwar minta MP pembangkang terus bincang dengan Fadillah

Ini susulan kenyataan Ahli Parlimen pembangkang semalam, yang memaklumkan akan menghentikan rundingan atau permohonan peruntukan bagi kawasan mereka

2:56 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Ahli Parlimen pembangkang untuk terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

Ini susulan kenyataan Ahli Parlimen pembangkang semalam, yang memaklumkan akan menghentikan rundingan atau permohonan peruntukan bagi kawasan mereka dengan Fadillah.

“Bincang dengan TPM Fadillah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai dakwaan terdapat pelbagai syarat yang perlu dipatuhi Ahli Parlimen pembangkang sekiranya ingin membuat membuat permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing, Anwar berkata: “Tiada”.

Semalam, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata beliau telah bertemu Fadillah sebanyak dua kali bagi berbincang mengenai peruntukan berkenaan, sebelum memaklumkan akan menghentikan rundingan berhubung perkara itu. – 4 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related