Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PKR bukan ahli Liberal International | Scoop

PKR bukan ahli Liberal International

Saya mengesahkan bahawa PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International: Fahmi

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Parti Keadilan Nasional (Keadilan) tidak pernah menjadi ahli pertubuhan gabungan parti-parti Liberal International, tegas Ketua Penerangannya, Fahmi Fadhil.

Menurut Fahmi, kebelakangan ini terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan parti itu dengan Liberal International.

“Saya mengesahkan bahawa PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International,’’ katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tegasnya, PKR bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin, serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin.3 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related