Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PLKN trending gara-gara sasar belia hingga 35 tahun, ramai terhibur baca komen mencuit hati | Scoop

PLKN trending gara-gara sasar belia hingga 35 tahun, ramai terhibur baca komen mencuit hati

Ada netizen membayangkan bagaimana keadaan empat anak yang akan ditinggalkan kelak dan mereka yang masih bujang pula berharap bertemu jodoh

9:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umum mengetahui kerajaan bersetuju untuk meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan kerangka yang baharu.

Namun, program tersebut tiba-tiba trending di laman X hari ini apabila seorang pengguna memuat naik tangkap layar artikel portal tempatan mendakwa belia berusia sehingga 35 tahun harus menyertainya.

Pengumuman itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan rata-ratanya memberikan komen berunsur jenaka mengenai perkara tersebut.

“Tua-tua ganyut ni kalau kena PLKN tak tahulah. Sekali lompat bergegar lemak,” kata @Hanana_eee.

“Guys yang lanjut usia masih single (bujang) dan dapat PLKN nanti, anggaplah tu platform offline untuk cari jodoh,” kata @MissAnon.

“Harap jumpa jodoh (janda) dekat PLKN nanti,” kata @ajimmonn.

“Kalau saya masuk PLKN, saya jadi yang terpaling ejen Takaful. Slip disc, migrain, sakit perut, sakit kepala, kita request GL terus sama-sama,” kata @fatirakf.

“Tengah bayang tinggal empat anak kalau ibu pergi PLKN,” kata @FaraaahhW.

“Bawa baby (anak) sekali pergi PLKN ke macam mana ni,” kata @PhoebeShafinaz.

Di sebalik komen lucu itu, ada netizen yang tidak berpuas hati dengan had usia yang ditetapkan untuk menyertai program berkenaan.

“Umur 35 tahun pun nak kena pergi PLKN ke? Habis gaji jalan ke kalau unpaid leave (cuti tanpa gaji). Si comel (anak dalam gambar yang dimuatnaiknya) ini memerlukan nutrisi,” kata @kordialmangga.

“Masuk PLKN umur lebih 30 tahun, dah berkahwin ada anak amat tak masuk akal. Dah ada kerja, komitmen dan tanggungjawab. Tak ada masa dah nak buat sesi ice breaking dengan budak habis SPM,” kata @ohmakguard.

Dalam pada itu, kebanyakan netizen mengakui mereka terhibur membaca komen yang dilontarkan orang ramai di platform tersebut.

“Walaupun PLKN ni tak confirm (sah) lagi, seronok baca timeline. Tergelak sorang-sorang dalam bilik ni,” kata @hazurinkakkoii.

“Aku tak bolehlah tengok tweet pasal PLKN ni. Semua tingtong tau! Sekarang bukan mainlah melawak, kang terkena nanti hahahaha,” kata @nvrthlsjohn.

Sementara itu, terdapat netizen yang mencadangkan agar kerajaan mengambil pempengaruh (influencer) media sosial untuk menyertai PLKN bagi menarik minat anak muda terlibat dalam program tersebut.

“Kena hantar influencer pergi PLKN barulah anak muda semangat nak sertai secara sukarela,” kata @tongtango.

“Kalau pilih influencer takut nanti bukan kem PLKN, jadi summer camp nantinya. Setiap hari update vlog,” kata @Jllmisai. – 2 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related