Kongsi gambar tanpa purdah versi AI, netizen kata terubat rindu nak tengok wajah cantik Neelofa

Imej AI itu memaparkan figura Neelofa seolah-olah sedang berada di atas belon panas

Noor Neelofa berkongsi gambar terbaharu di akaun Instagram yang memaparkan wajahnya tanpa purdah menerusi kaedah kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) - Gambar Instagram, 25 Oktober, 2023

KUALA LUMPUR – Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa berkongsi gambar terbaharu di akaun Instagram yang memaparkan wajahnya tanpa purdah menerusi kaedah kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI).

Gambar tersebut dihasilkan sempena kempen koleksi terbaharu tudung Naelofar yang diberi nama StampliCity.

Imej AI itu memaparkan figura Neelofa seolah-olah sedang berada di atas belon panas.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen memberitahu mereka amat merindui wajah Neelofa sebelum berpurdah.

“Rindunya nak tengok muka Neelofa. Cantik,” kata seorang netizen.

Ada netizen yang mengatakan rindu mereka untuk melihat wajah Neelofa terubat dengan melihat imej AI ini, manakala ada juga yang kecewa – Tangkapan layar Instagram, 25 Oktober, 2023

Bagaimanapun ada yang berpendapat bahawa Neelofa tidak sepatutnya berkongsi gambar memaparkan wajahnya biarpun menggunakan kaedah AI.

“Sedihnya. Kenapa tunjuk muka penuh bila dah pakai purdah walaupun guna AI sekalipun,” kata seorang netizen yang tidak bersetuju dengan tindakannya itu.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, mula memakai purdah pada Oktober 2020. – 25 Oktober, 2023