Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Iktiraf NREP bukti Arab Saudi tahu perkembangan terkini Malaysia: PM | Scoop

Iktiraf NREP bukti Arab Saudi tahu perkembangan terkini Malaysia: PM

Menurutnya, pengiktirafan berkenaan juga membuktikan Putera Mahkota Mohammed bin Salman tertarik dengan inisiatif diambil oleh Malaysia

8:45 AM MYT

 

KAHERAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengiktirafan kerajaan Arab Saudi terhadap inisiatif Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Diperbaharui (NREP) sebagai bukti negara itu sentiasa mengikuti perkembangan Malaysia.

Beliau berkata, pengiktirafan berkenaan juga membuktikan Putera Mahkota Mohammed bin Salman tertarik dengan inisiatif yang diambil oleh Malaysia itu.

“Baginda (Putera Salman) tertarik dan mahu kerjasama kita dalam sumber tenaga boleh baharu, hidrogen, hidrogen hijau dan hal-hal yang kita sebut dalam hala tuju transisi tenaga kita.

“Saya tentu terkesan kerana nampaknya negara Arab itu ambil pandangan amat serius tentang perkembangan mutakhir di Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia dalam sidang akhbar pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Mesir.

Dalam kenyataan bersama Malaysia dan Arab Saudi semasa lawatan kerja Anwar ke Riyadh baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi memperakui inisiatif NREP Malaysia itu sebagai langkah positif ke arah transisi kepada tenaga hijau. – 24 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related