Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Beberapa kampung di Sik dilanda banjir kilat susulan hujan lebat petang tadi | Scoop

Beberapa kampung di Sik dilanda banjir kilat susulan hujan lebat petang tadi

APM Sik dalam Facebooknya turut memaklumkan pusat pemindahan sementara telah dibuka di Sekolah Kebangsaan Sik untuk kawasan Sik dan sekitarnya

10:57 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Banjir kilat melanda Sik, susulan hujan lebat yang berterusan sejak petang tadi, mengakibatkan beberapa kawasan ditenggelami air.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, kawasan yang terlibat dengan banjir kilat itu adalah Kampung Banggol Kiat, Taman Derdap, Kampung Jerai, Kampung Pinang dan Kampung Surau di Mukim Sok.

“Hujan lebat melebihi dua jam hari ini menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.

“Lima kampung di daerah itu dinaiki air sejak jam 6.20 petang selepas hujan berterusan mulai jam 4 petang,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan seramai 67 penduduk daripada 11 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Sik selepas kediaman mereka dinaiki air ekoran hujan lebat beberapa jam sejak 4 petang tadi.

Sementara itu APM Sik dalam Facebooknya turut memaklumkan PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Sik untuk kawasan Sik dan sekitarnya.

Manakala Sekolah Kebangsaan Chepir pula telah dijadikan sebagai PPS untuk penduduk di kawasan Chepir serta kampung sekitar.

“Sila berpindah jika keadaan banjir semakin buruk,’’ katanya.

Dalam pada itu, media sosial dipenuhi dengan gambar-gambar banjir di sekitar Sik dengan menunjukkan rumah-rumah di kawasan itu ditenggelami air.

Dianggarkan lebih 20 rumah sudah ditenggelami banjir. – 22 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related