Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sanusi tak setuju harga beras putih tempatan diapung, ‘saya bimbang…’ | Scoop

Sanusi tak setuju harga beras putih tempatan diapung, ‘saya bimbang…’

Tindakan pengapungan harga itu, dikhuatiri menyebabkan golongan berpendapatan rendah tidak mampu membeli bahan makanan berkenaan

5:09 PM MYT

 

SHAH ALAM – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak bersetuju sekiranya harga beras putih tempatan (BPT) diapungkan.

Beliau berkata, tindakan pengapungan harga itu, dikhuatiri menyebabkan golongan berpendapatan rendah tidak mampu membeli bahan makanan berkenaan.

“Harga beras tempatan RM2.60 sekilogram (kg) ketika ini pun, ada rakyat yang bergelut untuk membelinya.

“Jadi kalau harga beras tempatan diapungkan, saya takut lebih ramai rakyat tidak mampu beli beras tempatan lagi,” katanya kepada pemberita di Muktamar Pas Ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Bajet 2024, Isnin lalu mencadangkan, harga BPT diapungkan susulan kekurangan bekalannya berbanding beras putih import (BPI) ketika ini.

Johari berkata, berikutan harga BPI yang lebih mahal, rakyat memilih untuk membeli BPT dan situasi itu menyebabkan bekalannya kurang di pasaran tempatan.

Dalam pada itu, Sanusi menzahirkan penghargaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenaikan harga lantai belian padi RM1,300 satu tan metrik berbanding RM1,200 sebelum ini, ketika membentangkan Bajet 2024, minggu lalu.

Bagaimanapun, beliau berharap Perdana Menteri dapat menaikkan harga lantai belian padi itu kepada RM1,700 satu tan metrik.

“Ya ada kenaikan RM100 tapi itu tak cukup. Saya harap boleh lebih pada itu. Kalau RM1,700, petani lega sedikit kerana pendapatan mereka ada kenaikan,” katanya. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related