Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ratusan penduduk Palestin maut dalam serangan bom hospital Gaza | Scoop

Ratusan penduduk Palestin maut dalam serangan bom hospital Gaza

Israel bagaimanapun menafikan melakukan serangan itu, sebaliknya menyalahkan kesilapan bedilan roket Hamas

9:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ratusan orang awam terbunuh akibat letupan bom di hospital Gaza, semalam ketika kebimbangan meningkat terhadap kekurangan makanan, bahan api dan elektrik di wilayah bergolak itu.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan memaklumkan, Hospital Al-Ahli Baptist menempatkan ribuan penduduk yang kehilangan tempat tinggal sejak konflik Israel-Hamas tercetus.

Serangan bom itu menyebabkan ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Pegawai Palestin menyalahkan serangan udara Israel yang berterusan ke atas insiden maut itu.

Bagaimanapun Angkatan Pertahanan Israel menafikan terlibat dalam serangan tersebut, sebaliknya menyalahkan Hamas yang didakwa tersilap melancarkan bedilan roket.

“Kami tidak melakukan serangan itu. Berdasarkan risikan kami menunjukkan ia berpunca daripada kesilapan bedilan roket Hamas,” kata pegawai tentera Israel, Lt Kol Jonathan Conricus.

Angka korban di Gaza mencecah 3,000 nyawa sejak konflik Israel-Hamas tercetus pada 7 Oktober lalu. – Gambar tangkap layar video CNN, 18 Oktober, 2023

Gaza dikepung tentera Israel selama lebih seminggu, sebagai tindak balas kepada pencerobohan Hamas.

Sementara itu, hospital sedang bergelut untuk merawat mangsa yang cedera di seluruh wilayah bergolak itu dan beroperasi dengan kekurangan bekalan elektrik dan air.

Bantuan kemanusiaan masih menunggu pembukaan semula sempadan Rafah untuk memasuki Gaza.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pegawai lain pula berkata, mereka memerlukan jaminan laluan selamat untuk sebarang konvoi bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.

Menurut statistik rasmi yang dikeluarkan, angka korban di Gaza mencecah 3,000 nyawa sejak konflik Israel-Hamas tercetus pada 7 Oktober lalu. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related