Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tiada Pelan B, MYAirline memerlukan RM22 juta untuk bayaran pampasan | Scoop

Tiada Pelan B, MYAirline memerlukan RM22 juta untuk bayaran pampasan

Syarikat penerbangan tambang murah itu telah menubuhkan dana secara dalaman untuk membantu kakitangan yang tidak menerima gaji sejak September lalu

6:38 PM MYT

 

SUBANG JAYA – Tidak ada pelan B dalam proses memulangkan bayaran kepada kira-kira 125,000 penumpang MyAirlines yang terjejas dengan penutupan tiba-tiba syarikat penerbangan berkenaan sementara menunggu dana daripada pelabur baru.

Ia disebut berulang kali oleh Eksekutif interim MYAirlines, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabatnya, hari ini.

Beliau juga berkata, syarikat penerbangan berkenaan memerlukan antara RM20 hingga RM22 juta untuk memulangkan semula wang kepada pelanggan yang terjejas dan kira-kira 900 kakitangannya.

Azharuddin berkata, syarikat penerbangan tambang murah itu telah menubuhkan dana secara dalaman untuk membantu kakitangan yang tidak menerima gaji sejak September lalu.

“Kami telah menubuhkan tabung, diketuai oleh jabatan sumber manusia, di mana semua orang dapat menyumbang bagi membantu satu sama lain.

“Setakat ini, 207 pekerja telah menerima RM100 seorang. Jumlahnya tidak banyak, namun ia adalah bantuan yang boleh kami berikan pada masa ini.

Beliau juga berkata, MYAirline kekal ‘sangat optimistik dan positif’ dalam mendapatkan pelabur baharu serta memulakan kesinambungan perniagaan syarikat.

“Kami sangat positif akan berjaya, kerana daripada perbincangan yang kami lakukan, sejak minggu lepas, terdapat pelabur yang berminat…ia cuma soal terma dan peruntukan yang perlu kita bincangkan lebih lanjut dan dipersetujui.

“(Bagaimanapun), saya tidak boleh berjanji bila proses pemulangan akan bermula. Namun saya berjanji kepada penumpang yang sebaik sahaja kami mendapat wang, kami akan membuat bayaran.’’

Beliau juga berkata, pengurusan tertinggi penerbangan tidak mengetahui pelabur menarik diri kurang dari 11 jam, yang menyebabkan kemelut baru-baru ini.

Mengenai khabar angin bahawa pesawat MYAirlines akan diambil oleh pemberi pajak, Azharuddin mengakui bahawa pengurusan memerlukan dana yang diperlukan untuk mengekalkannya.

“Ya, kami memerlukan wang (untuk mengekalkannya). Kami juga akan menunggu pelaburan baharu untuk memenuhi keperluan tertentu (untuk membuat pembayaran yang diperlukan).

“Namun kami kini sedang berunding dengan pemajak pesawat untuk lanjutan dengan kami.’’

Bagaimanapun, Azharuddin berkata, tiada apa lagi yang perlu dilakukan tetapi bergerak ke depan dengan pelan perniagaan yang lebih baik, sambil mengekalkan identiti mereka dalam usaha untuk menjadi syarikat penerbangan yang lebih baik pada masa akan datang.

Terdahulu, Azharuddin memulakan sidang media itu dengan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat, terutama 125,000 penumpang yang terjejas susulan penutupan operasi pada Khamis lalu.

Beliau berkata, tindakan penggantungan mengejutkan itu adalah disebabkan pelabur menarik diri, selain kekurangan pelan kecemasan di pihak pengurusan. – 16 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related