Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Calon GPS bagi PRK Jepak diumum Rabu ini: Abang Johari | Scoop

Calon GPS bagi PRK Jepak diumum Rabu ini: Abang Johari

Beberapa faktor seperti umur dan komposisi pengundi di DUN Jepak perlu diambil kira sebelum GPS memuktamadkan calon yang layak bertanding di kawasan itu

8:22 PM MYT

 

BINTULU –  Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Rabu ini.

Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beberapa individu telah dikenal pasti sebagai calon kerusi berkenaan, namun gabungan itu akan memastikan calon yang bakal bertanding ‘bersih’ daripada sebarang rekod jenayah dan rasuah. 

“Beberapa senarai nama ini (calon) sedang disaring oleh polis (Polis Diraja Malaysia) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Kita (GPS) perlu dapatkan calon yang baik dan bersih, itu prosedur biasa,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Bintulu di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa faktor seperti umur dan komposisi pengundi di DUN Jepak perlu diambil kira sebelum GPS memuktamadkan calon yang layak bertanding di kawasan itu. 

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Jepak pada 4 November ini manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 21 dan 31 Oktober.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas. – 15 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related