Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pengawal keselamatan sekolah ditemukan maut disyaki dibunuh, tukang kebun ditahan | Scoop

Pengawal keselamatan sekolah ditemukan maut disyaki dibunuh, tukang kebun ditahan

Dalam kejadian semalam, polis menerima panggilan mengenai seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri di pondok pengawal keselamatan sekolah itu

10:08 AM MYT

 

IPOH – Polis menahan seorang tukang kebun sekolah yang disyaki terlibat dengan satu kes bunuh seorang pengawal keselamatan di Bandar Sri Botani di sini yang ditemukan maut di dalam pondok pengawal sekolah berkenaan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata dalam kejadian semalam, polis menerima panggilan pada pukul 3.34 pagi mengenai seorang lelaki berusia 43 tahun ditemukan tidak sedarkan diri bersandar di dinding pondok pengawal keselamatan sekolah itu.

“Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans dari hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu beliau berkata polis menahan seorang lelaki berusia 55 tahun yang merupakan tukang kebun sekolah berkenaan dan merampas senjata yang disyaki digunakan suspek bagi membantu siasatan.

Yahaya berkata hasil bedah siasat terhadap mayat menunjukkan punca kematian tukang kebun itu adalah kecederaan  di bahagian abdomen akibat objek tumpul, dan kes yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – 15 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related