Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kereta terbakar selepas langgar pembahagi tol, pemandu maut | Scoop

Kereta terbakar selepas langgar pembahagi tol, pemandu maut

Bomba menerima panggilan jam 11.25 malam dan setibanya jentera di lokasi kejadian, sebuah kereta Toyota SE didapati sedang terbakar

8:29 AM MYT

 

IPOH – Seorang pemandu maut apabila kenderaan yang dipandunya terbakar selepas melanggar pembahagi tol dalam kejadian di Plaza Tol Sitiawan, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata bomba menerima panggilan jam 11.25 malam dan setibanya jentera di lokasi kejadian, sebuah kereta Toyota SE didapati sedang terbakar.

“Seorang mangsa terperangkap di dalam kenderaan dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa yang rentung dan tidak dikenali telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – 15 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related