Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bidang AI perlu diberi perhatian tampung keperluan industri: Anwar | Scoop

Bidang AI perlu diberi perhatian tampung keperluan industri: Anwar

Usaha ini perlu kerana Malaysia dilihat agak ketinggalan dalam bidang AI

2:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bidang kecerdasan buatan (AI) perlu diberi perhatian di peringkat pengajian tinggi bagi menampung keperluan industri, selain penerokaan bidang baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Usaha ini perlu kerana Malaysia dilihat agak ketinggalan dalam bidang AI, kata beliau.

Anwar berkata perkara itu telah disampaikan kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan naib-naib canselor universiti untuk diberikan tumpuan.

“Jurang antara kelayakan AI kita dengan keperluan tahap tertinggi itu perlu diberi perhatian…Geely menyebut jurutera itu berada di tahap sangat baik tetapi memerlukan kepakaran khusus dalam bidang industri automotif, dia terpaksa melatih 300 jurutera di Universiti Geely di Beijing, China.

“…insya-Allah petang ni saya bincang dengan dia (syarikat Geely) dan esok di Tanjong Malim, kita nanti minta dia tetapkan bidang-bidang displin khusus yang diperlukan untuk kita memulakan latihan di universiti tempatan,” kata Anwar pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengenai tahap kesiapsiagaan ekosistem pendidikan dan latihan negara ke arah membina tenaga mahir tempatan bagi mengelakkan masalah ketidaksepadanan antara pendidikan dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Sementara itu, Anwar berkata sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri, beliau telah mengadakan 17 lawatan ke luar negara antaranya negara ASEAN, China, Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

Dalam lawatan rasmi ke China pada 29 hingga 31 Mac lepas, Anwar berkata negara telah menjana nilai potensi pelaburan sebanyak RM170.07 bilion manakala lawatan ke UAE baru-baru ini juga turut berjaya menjana pelaburan komited daripada UAE berjumlah RM40.6 bilion melibatkan sektor-sektor tenaga boleh baharu, logistik dan aeroangkasa. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related