“Saya cuba tetapi gagal, maaf” – Mawar Rashid tanggal hijab selepas tiga tahun

Pelakon yang berasal dari Kelantan ini telah memuatnaik fotonya yang tidak lagi berhijab kira-kira jam 2.30 pagi tadi

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid telah mengejutkan banyak pihak apabila memuat naik fotonya yang tidak lagi berhijab. - Gambar Facebook Mawar Rashid, 10 Oktober, 2023

KUALA LUMPUR — Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid telah mengejutkan ramai apabila memuatnaik fotonya yang tidak lagi berhijab pada awal pagi tadi.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik di akaun Instagram kira-kira jam 2.30 pagi, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, telah berkongsi dua swafoto dirinya yang tidak lagi mengenakan hijab.

Mawar Rashid ketika masih berhijab. – Gambar Facebook Mawar Rashid, 10 Oktober, 2023

“Saya cuba tetapi saya gagal. Maaf,” tulis adik ipar kepada selebriti chef, Datuk Fazley ini di bahagian kapsyen hantaran tersebut.

Bagaimanapun ruangan komen untuk hantaran berkenaan telah ditutup.

Mawar yang merupakan salah seorang peserta Dewi Remaja 2015 ini mula memakai hijab pada 2020. – 10 Oktober, 2023