Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Dr Mohd Yadzil nafi keluar PN, ‘tak habis-habis nak berpolitik’ | Scoop

Dr Mohd Yadzil nafi keluar PN, ‘tak habis-habis nak berpolitik’

Menegaskan beliau dan Dr Mohd Aleef masih bersama PN, Dr Mohd Yadzil berkata, dakwaan dicetuskan pihak tertentu berhubung perkara itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata

7:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub menafikan beliau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof keluar daripada Bersatu serta berpaling tadah menyertai Umno.

Katanya, dakwaan dicetuskan pihak tertentu berhubung perkara itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.

Dr Mohd Yadzil berkata, beliau mengetahui mengenai dakwaan itu selepas seorang rakan berkongsi dengannya satu pautan di TikTok pada awal pagi tadi.

“Tak habis-habis nak buat fitnah, nak berpolitik. Untuk apa saya nak keluar daripada satu parti yang sangat komited membawa agenda rakyat, sebuah parti sangat prihatin kepada rakyat.

“Saya masih bersama Perikatan Nasional, saya kekal bersama PN untuk membawa agenda memperjuangkan nasib rakyat.

“Itu fakta, bukan auta dan ini bukan fitnah. Ini tuan-tuan boleh percaya,” katanya menerusi video TikTok berdurasi lebih tiga minit dikongsikan menerusi akaun TikTok.

Terdahulu, menerusi media sosial, ‘kecoh’ diperkatakan kononnya kedua-dua wakil rakyat itu bersama beberapa kepimpinan lain di Melaka menyertai Umno.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang memiliki 28 kerusi, dikuasai Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), dengan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 31 Mac lalu.

Melaka mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November 2021 yang menyaksikan BN memenangi 21 kerusi DUN, diikuti PH (5) dan PN (2),” katanya. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related