Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
MAIWP naikkan bantuan keperluan asas dari RM150 kepada RM300 sebulan, mulai tahun depan | Scoop

MAIWP naikkan bantuan keperluan asas dari RM150 kepada RM300 sebulan, mulai tahun depan

Kenaikan itu bakal melibatkan peruntukan sebanyak RM108 juta setahun

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bantuan keperluan asas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 sebulan, mulai tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar, berkata, kenaikan itu bakal melibatkan peruntukan sebanyak RM108 juta setahun.

“Insya-Allah, (kenaikan) bermula tahun depan,’’ katanya ketika hadir pada Program Santunan Kasih Asnaf MAIWP di Perumahan Awam Sri Kota, Bandar Tun Razak, di sini, hari ini.

Program itu adalah anjuran MAIWP yang merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Seramai 200 orang menerima bantuan bulanan yang akan dikreditkan menerusi e-wallet.

Na’im berkata, program berkenaan dijalankan sejak Januari 2022 dan setakat Julai lalu, seramai 21,898 penerima dalam kalangan asnaf di Wilayah Persekutuan telah menerima bantuan tersebut, melibatkan perbelanjaan RM30.45 juta.

“Inisiatif ini adalah usaha kerajaan membantu mengurangkan beban kos hidup rakyat,’’ katanya.

Pada majlis yang sama, Na’im turut menyatakan penghargaan di atas MAIWP yang memudahkan asnaf menerima bantuan menerusi e-wallet Boost di dalam Program ‘Zero Hunger’ Asnaf. – 4 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related