Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki tikam wanita di kedai dobi layan diri diberkas | Scoop

Lelaki tikam wanita di kedai dobi layan diri diberkas

Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan

2:29 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Lelaki yang disyaki menikam seorang wanita dengan menggunakan senjata tajam dipercayai gunting di kedai dobi layan diri di Kuala Nerus pada Sabtu lepas, berjaya diberkas polis semalam. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata suspek yang juga seorang penganggur berusia 25 tahun itu ditahan di Kampung Mengabang Telipot, sekitar 3.30 petang semalam. 

Katanya suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 akta sama.

“Melalui siasatan awal kedua-dua mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan mangsa yang berusia 31 tahun dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah serta berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi. 

Dilapor pada Sabtu lepas seorang wanita ditikam di belakang badannya oleh seorang lelaki menggunakan senjata tajam dipercayai gunting, di dalam sebuah kedai dobi layan diri berhampiran Kem Batalion 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seberang Takir dekat Kuala Nerus.

Turut tular di media sosial, video rakaman kejadian tersebut melalui litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan yang memaparkan suspek meluru masuk lalu menikam mangsa sebelum melarikan diri. – 2 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related