Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sim belanja nasi kandar Pulau Pinang pada staf MOF yang bersengkang-mata sedia bajet | Scoop

Sim belanja nasi kandar Pulau Pinang pada staf MOF yang bersengkang-mata sedia bajet

Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu membelanja kakitangan MOF dengan nasi kandar Hameediyah, pada hari cuti umum sempena Maulidur Rasul

3:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kakitangan Kementerian Kewangan kini sedang sibuk mengumpul input dan mengumpul maklum balas menjelang pembentangan bajet 2024 yang akan dibentangkan pada bulan depan.

Disebabkan kesibukan mereka itu dan sebagai menghargai petugas MOF yang bertugas meskipun pada hari cuti umum, Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong telah membelikan mereka nasi kandar yang didatangkan khas dari Pulau Pinang.

Menerusi video yang dikongsi di Twitternya, Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam membelanja kakitangan MOF dengan nasi kandar Hameediyah, pada hari cuti umum sempena Maulidur Rasul.

Sim berkata, ia juga adalah nasi kandar pilihannya dan telah wujud sejak 1907.

Beliau menulis kapsyen bertulis, “Nasi kandaq surr punya. Untuk Team Belanjawan 2023 yang amat berdedikasi buat persiapan belanjawan.

“Hari cuti pun kerja. Ada yang sampai tidur kat ofis.

Sim turut memuji kakitangan MOF yang berdedikasi dalam menyediakan Bajet dan turut menjamu selera bersama-sama. – 30 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related