Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik: PM | Scoop

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik: PM

10:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Perdana Menteri, dalam perutusan Maulidur Rasul 1445H yang dikongsi di laman Facebook malam ini, berkata perjuangan Nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwah dan membimbing umat perlu dijadikan teladan agar terus tekal walaupun diasak musuh setiap masa dari segenap penjuru.   

“Menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum tentunya akan membangkitkan rasa keinsafan untuk sama-sama membangunkan negara tercinta ini sebagai sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera, lantas beroleh barakah daripada Allah SWT.

“Moga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kesejahteraan yang berterusan buat Baginda Nabi Muhammad SAW,” katanya. 

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Tema sambutan tahun ini ialah Perpaduan Teras Malaysia MADANI. – 27 September, 2023


Topics

 

Hangat

Related