Isteri Haqiem Rusli kembali berhijab?

Haqiem dilihat telah berkongsi video terbaru isterinya yang memakai hijab di akaun Instagram miliknya setelah sekian lama tidak berbuat demikian

Di bahagian komen, ramai netizen yang mendoakan agar Sofea kekal istiqomah untuk terus berhijab - Tangkapan layar, 24 September, 2023

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini penyanyi popular, Haqiem Rusli dilihat telah berkongsi video terbaru isterinya iaitu Sofea yang dilihat telah kembali berhijab.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram Haqiem itu, dia telah memberikan kata-kata semangat buat isterinya.

“Sayang Akem, tak kisah betapa sakitnya sekarang, kekal kuat, perkara ini akan menjadi lebih baik. Awak berada bersama saya di saat susah dan senang. 

“Kami sayang awak, saya sayang awak. Doakan untuk kami yang baik-baik sahaja”, tulisnya dalam hantaran tersebut. 

Sementara itu di bahagian komen, ramai netizen yang mendoakan agar Sofea kekal istiqomah untuk terus berhijab. Mereka turut gembira melihat akhirnya Haqiem dapat berkongsi gambar isterinya setelah sekian lama. 

Sejak Sofea mengambil keputusan untuk tidak lagi memakai hijab, Haqiem dilihat tidak lagi berkongsi gambar isterinya. 

Bagaimananapun tinjauan Scoop di Instagram Sofea mendapati gambar-gambarnya masih lagi tidak memakai hijab. – 24 September, 2023