Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Amaran hujan berterusan di dua negeri hingga Isnin | Scoop

Amaran hujan berterusan di dua negeri hingga Isnin

Angin baratan dijangka bertiup kencang dan menumpu di kawasan utara Semenanjung Malaysia dalam tempoh sehingga esok

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada di Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, hari ini dan esok.

Dalam satu kenyataan MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas di Kedah termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.

Dalam kenyataan berasingan MetMalysia memaklumkan angin baratan dijangka bertiup kencang dan menumpu di kawasan utara Semenanjung Malaysia dalam tempoh sehingga esok.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang, di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia termasuk kawasan perairan negeri-negeri berkenaan,” menurut kenyataan MetMalaysia itu.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca, bagi  mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih. – 24 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related