Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Veteran ATM rayu PM campur tangan isu penjualan saham Boustead Plantations | Scoop

Veteran ATM rayu PM campur tangan isu penjualan saham Boustead Plantations

Campur tangan Anwar yang juga Menteri Kewangan adalah perlu supaya kaedah lain lebih rasional dapat diambil dan penjualan pegangan saham dapat dielakkan

4:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk campur tangan dalam menyelesaikan isu penjualan 33 peratus saham Boustead Plantations Bhd (BPlant) kepada syarikat swasta.

Presiden PVATM, Datuk Sharuddin Omar berkata, campur tangan Anwar yang juga Menteri Kewangan adalah perlu supaya kaedah lain lebih rasional dapat diambil dan penjualan pegangan saham dapat dielakkan.

“Tidak sepatutnya berlaku penjualan ini, kerana isu ini amat sensitif kepada veteran ATM. Semua pihak perlu ingat tanah ini adalah hasil titik peluh, keringat, titisan darah dan cebisan daging pejuang lebih 30 tahun dahulu untuk membebaskan tanah air dari cengkaman komunis.

“Adakah dengan menjual saham Bouststead ini langkah atau jalan terbaik? Walhal ada kaedah lain yg lebih mampu diterima pemegang saham. 

“Pelan rasionalisasi boleh dilakukan atau langkah terakhir dengan mencagarkan aset, namun kalau langsung tiada kaedah lain, kita merayu campur tangan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk buat intervensi dan selamatkan ia dari dijual,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan (MOF) akan menguruskan fasa penjualan pegangan 33 peratus saham BPlant kepada  Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) dengan cara terbaik.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan turut memaklumkan pengambilalihan saham itu juga belum sampai kepada peringkat mendapat kelulusan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Sharuddin berkata, pihaknya juga melihat kaedah bagi perjanjian penjualan itu selain harga ditetapkan agak meragukan dan nilai yang tidak menguntungkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“BPlant mempunyai aset tanah lebih 240,000 ekar, dikhuatiri penjualan ini juga akan memberi kesan jangka panjang kepada LTAT, yang seterusnya memberi kesan kepada kebajikan warga tentera dan veteran tentera,” katanya.

Bulan lalu, KLK memuktamadkan perjanjian kerjasama strategik (SCA) dengan LTAT dan Boustead Holdings Bhd (BHB), yang menyaksikan KLK mengambilalih 33 peratus saham BPlant dengan pertimbangan tunai RM1.15 bilion.

Menerusi SCA itu, tiga entiti itu (penawar bersama) akan melaksanakan tawaran pengambilalihan mandatori untuk memperoleh semua baki saham BPlant yang tidak lagi dimiliki LTAT, BHB dan KLK pada harga tawaran tunai RM1.55 sesaham.

Jumlah 33 peratus pegangan itu akan membabitkan sejumlah 739,199,966 saham biasa dan satu saham daripada jumlah saham terbitan BPlant daripada BHB. Harga tawaran nilai BPlant ditetapkan adalah pada RM3.47 bilion. – 19 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related