Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Jiwa terseksa terkenang Nurin, Jazimin harap kematian anaknya terbela | Scoop

Jiwa terseksa terkenang Nurin, Jazimin harap kematian anaknya terbela

Pada 17 September, kira-kira 16 tahun lalu, mayat Nurin Jazlin telah ditemui di dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya.

2:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – 16 tahun sudah berlalu sejak kematian tragis Nurin Jazlin dan sejak itu, bapanya Jazimin Abdul Jalil tidak pernah ‘tenteram’.

Ingatan kepada anak keduanya itu yang hilang ketika berusia lapan tahun, tidak pernah padam.

Apa yang diharapkan oleh Jazimin ialah pelaku kejam itu dapat dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

Jazimin Abdul Jalil memegang baju sekolah milik Nurin Jazlin yang masih disimpannya sehingga kini. – Gambar Scoop, 17 September, 2023

Nurin dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007. Kehilangannya ketika itu menjadi tanda tanya sehinggalah pada pagi 17 September 2007, mayatnya ditemui dalam beg sukan di Petaling Jaya.

Namun sehingga kini pelaku masih bebas dan kes juga belum selesai.

Scoop.my berkesempatan menemui Jazimin pada awal minggu ini, sempena hari lahir Nurin pada 11 September lalu.

Jika Nurin masih ada, usianya kini mencecah 24 tahun. – 17 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related