KUALA LUMPUR – Bermacam ragam sungguh sikap peminat yang menjadikan seseorang selebriti itu sebagai idola mereka. Ada yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk berjumpa dan mendekati selebriti kesayangan mereka dan ada pula yang malu-malu.
Dalam satu ciapan yang dimuat naik di akaun X (dahulu dikenali sebagai Twitter), Tiz telah meluahkan rasa apabila ada segelintir peminat seolah-olah seperti takut untuk menegurnya sehingga sanggup mengambil gambar secara curi-curi.
“Kita ni petah dalam media sosial. Bila jumpa depan-depan, sanggup tak tegur, curi-curi ambil gambar, bisik-bisik dengan kawan, tunjuk-tunjuk kat kita.
“Apa salahnya datang tegur. Salam. Aku okey je. Tak faham. Aku ni lembaga ke? Nampak tadi, takut nak tegur. Ahh sudah…
“Rasa macam kena buli dekat sekolah, orang tunjuk-tunjuk, bisik-bisik, gelak-gelak,” luahnya sambil memberikan emoji ketawa.
Dari apa yang ditulis Tiz, aktres ini seolah-olah seperti terasa apabila diperlakukan begitu. Yalah, selebriti pun manusia juga dan peminat pun tidak bolehlah pukul rata bahawa semua artis sukar untuk didekati. Tidak semua artis begitu.
Apapun, ciapan Tiz Zaqyah itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada peminatnya.
Tulis @amirakramkhalid: “Segan itu nyata Tizzy”
Kata @AyuInMetaverse: Secara jujur, saya akan terbantut untuk bercakap”
Komen@MusRules: “Diaorang tengok you garang dalam TV, jadi diaorang ingat you macam tu, menjadi punya lakonan”
Respon @mamaluciousssss: “Pada sayakan, nak tegur bukan takut apa, takut ganggu rutin seharian. Artis juga manusia. Takut betul mengganggu urusan seharian”
Dalam perkembangan lain, pelakon drama bersiri Liar ini juga nampaknya semakin aktif mempromosikan koleksi cekak rambut di bawah jenamanya, Qya Collectione yang mempunyai pelbagai warna, corak dan rekaan. – 16 September, 2023