Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
‘Sudah tiba masa Malaysia pertimbang sistem pilihan raya berbeza’: Shahidan | Scoop

‘Sudah tiba masa Malaysia pertimbang sistem pilihan raya berbeza’: Shahidan

Menerusi cadangan dibuatnya supaya sistem pilihan raya negara dipinda, beliau menegaskan, GRC boleh menambah golongan minoriti di Dewan Rakyat

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan supaya sistem pilihan raya di negara ini, dipinda dengan mengambil contoh sistem Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) di Singapura.

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu berkata, sistem berkenaan boleh mempertingkat perwakilan golongan minoriti di Dewan Rakyat.

“Sistem ini (GRC) adalah sistem terbaik. Sila pertimbangkan. Kita tak pernah buat pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini,” katanya ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, sudah tiba masa Malaysia mempertimbangkan sistem pilihan raya berbeza, memandangkan kerangka sedia ada ditentukan apabila Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 1957.

“Kita ada populasi 70.1 peratus Bumiputera, 22.6 peratus Cina, 6.6 peratus India. Benda ini kena perhati balik supaya sistem pilihan raya ini buat yang terbaik, mirip sistem di Singapura.

“Kita nak supaya kumpulan minoriti di Malaysia ini ada wakil, contoh orang India 6.6 peratus (dari populasi), mereka layak dapat 16 kerusi, (tapi) sekarang tak cukup kerusi,” katanya.

Menerusi sistem GRC di Singapura, sekumpulan calon akan bersama-sama bertanding dalam pilihan raya sebagai satu pasukan merangkumi pelbagai kaum.

Setiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang calon daripada kaum minoriti negara itu, iaitu Melayu, India dan lain-lain. – 14 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related