Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tiada unsur jenayah kes kematian tiga beranak di Ampang: Polis | Scoop

Tiada unsur jenayah kes kematian tiga beranak di Ampang: Polis

Polis juga menemui petunjuk baharu kes itu antaranya sekeping nota bunuh diri yang di dalamnya tertulis senarai nama pemiutang

10:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hasil siasatan awal polis mendapati kes kematian tiga beranak di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang, di sini, pada Khamis lalu, tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata polis juga menemui petunjuk baharu kes itu antaranya sekeping nota bunuh diri yang di dalamnya tertulis senarai nama pemiutang.

Bagaimanapun, beliau berkata polis akan memanggil majikan dan ahli keluarga terdekat mangsa bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Proses bedah siasat telah selesai dilakukan namun punca kematian masih belum diketahui dan polis masih menunggu laporan daripada ujian toksikologi (bagi mengkaji kehadiran ubat atau bahan kimia tertentu dalam badan),” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang ibu berusia 42 tahun dan dua anaknya, perempuan dan lelaki masing-masing berusia berumur 14 dan 15 tahun ditemukan mati di sebuah bilik di pangsapuri tersebut dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – 11 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related