Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Syed Saddiq perlu sedar beliau menang di Muar kerana PH: Loke | Scoop

Syed Saddiq perlu sedar beliau menang di Muar kerana PH: Loke

Menurut Loke, PH sendiri memberi enam kerusi kepada Muda untuk bertanding pada PRU lalu bagi mengelak pertembungan dalam blok PH

1:55 PM MYT

 


PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu sedar bahawa kemenangannya di Muar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu disebabkan sokongan pengundi dan persefahaman kerjasama Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Syed Saddiq juga perlu faham bahawa PH yang banyak membantu kemenangannya itu dan beliau tidak menang atas kapasitinya sendiri serta parti yang diwakilinya, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

“Saya nak beri amaran kepada Syed Saddiq bahawa kemenangannya di Muar adalah atas persefahaman kerjasama dengan PH.

“Dia tidak menang di Muar atas kapasitinya partinya sendiri. Dia menang atas sebab persefahaman dengan PH.

“Kita tidak letak calon kita di sana (Muar) malah, DAP dan PH sokong serta bantu kempen beliau ketika PRU lalu,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Tahunan DAP 2023 di sini, hari ini.

Syed Saddiq sebelum ini menyatakan mahu menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah.

Beliau dilaporkan berkata, Muda tidak akan teragak-agak menilai kedudukan dalam menyokong Kerajaan Perpaduan jika tiga tuntutan parti itu terhadap perkembangan kes membabitkan Ahmad Zahid tidak diambil tindakan susulan oleh kerajaan

Menurut Loke, PH sendiri memberi enam kerusi kepada Muda untuk bertanding pada PRU lalu bagi mengelak pertembungan dalam blok PH.

Loke menambah, PH juga memberi laluan kepada Syed Saddiq untuk menang di Muar dan kemenangan itu atas blok PH dan undian pengundi PH.

“Walaupun dia (Syed Saddiq) tidak bertanding atas bendera PH tapi dia bertanding atas blok PH. Justeru, dia ada obligasi untuk memastikan kemenangan beliau di Muar dengan menyokong Kerajaan Perpaduan pada hari ini,” katanya. – 10 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related