Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lepas ada yang bising terpaksa beratur sejak awal pagi untuk beli Kunafa viral, Ojen hadkan 2 bekas setiap pembeli | Scoop

Lepas ada yang bising terpaksa beratur sejak awal pagi untuk beli Kunafa viral, Ojen hadkan 2 bekas setiap pembeli

kunafa.aiwahh itu adalah sempena Love Food Festival yang diadakan di RTC berkenaan selama tiga hari mulai 7 September dan berakhir hari ini

3:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Hanya kerana ingin menikmati Kunafa viral, orang ramai sanggup beratur panjang dan menunggu berbelas-belas jam bagi membeli manisan yang berasal dari negara Arab itu di RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan.

Kunafa yang dihasilkan oleh kunafa.aiwahh itu adalah sempena Love Food Festival yang diadakan di RTC berkenaan selama tiga hari mulai 7 September dan berakhir hari ini.

Orang ramai sanggup beratur panjang dan menunggu berbelas-belas jam bagi membeli manisan yang berasal dari negara Arab itu di RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. – Gambar media sosial, 9 September, 2023

Disebabkan sambutan hebat itu, pemiliknya Ojen memaklumkan ia telah menghadkan kepada dua bekas sahaja kepada setiap pembeli dan sistem nombor giliran diperkenalkan kepada orang ramai.

Nombor giliran berkenaan, kata Ojen diberikan mengikut kapasiti kunafah yang mampu dihasilkan oleh pasukannya.

“Terima kasih dan minta maaf sekali lagi atas apa yg terjadi Day 1, untuk Day 2 kita limitkan order 2 pieces (keping) Kunafah sahaja dan ada nombor giliran buat mereka yang mendapat kunafah.

“Jika tidak mendapat nombor giliran maka orang ramai tidak perlu beratur berserta ada nombor giliran buat semua yang dapat Kunafah , Dapat no maknanya dapat Kunafah , Tak dapat No tak payah beratur ya sebab ojen keluarkan nombor giliran mengikut kapasiti Kunafah yg mampu kita bakar seharian,’’ katanya menerusi Instagramnya.

Sejak semalam tular mengenai barisan panjang daripada orang ramai yang ingin mendapatkan Kunafah Aiwaah sehingga sanggup datang seawal 2 pagi. Ia sekali gus mendapat sindiran ramai yang menyifatkan ia sebagai membuang masa.
Kelantan bukan destinasi Tunggal Ojen malah menurut Instagramnya, dia pernah mengadakan promosi dan jualan manisan berkenaan termasuk di Johor Bahru, Ipoh, Shah Alam, Ampang dan Alor Setar.

Dalam pada itu, Ojen turut meminta mereka yang datang untuk mendapatkan manisan berkenaan supaya menjaga tingkah laku dan tidak memotong barisan.

Pada masa sama, dia memaklumkan tidak peduli dengan sindiran warga net yang mempersoalkan mengenai kesanggupan sesetengah pembeli untuk beratur panjang, namun setiap cadangan yang dikemukakan akan diperbaiki. – 9 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related