Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
2 orang rentung selepas kereta dinaiki bertembung lori kontena | Scoop

2 orang rentung selepas kereta dinaiki bertembung lori kontena

Mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berusia dalam lingkungan 20-an

11:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Dua individu yang berusia dalam lingkungan 20-an rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori kontena di Jalan Kuala Garing, Rawang, awal pagi tadi.

Kemalangan itu melibatkan kereta jenis Honda City yang terbakar 70 peratus manakala lori tersebut mengalami kebakaran 50 peratus.

Menurut penolong pengarah bahagian operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang menerima panggilan pada 3.53 pagi dan telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di sana, bomba mendapati dua orang iaitu seorang lelaki dan seorang wanita tempatan, masing-masing berusia 26 dan 23 tahun rentung,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Mukhlis berkata, pemandu lori kontena itu selamat selepas sempat keluar dari kenderaan tersebut. – 7 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related