Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PRK Pulai: Jentera wanita PH-BN agresif berkempen | Scoop

PRK Pulai: Jentera wanita PH-BN agresif berkempen

Wanita mempunyai teknik tersendiri untuk memberi penjelasan dan meraih undi

1:23 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Jentera wanita Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) yang menjadi tulang belakang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai terus agresif dan proaktif memikat hati pengundi golongan itu yang dilihat boleh menjadi faktor penentu kepada kemenangan calon PH Suhaizan Kaiat.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata keserasian jentera wanita PH-BN amat jitu, malah untuk fasa kedua tempoh berkempen yang memasuki hari kelapan hari ini, aktiviti kempen terus dipergiatkan bagi memastikan kemenangan calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan itu.

“Kalau kita lihat statistik pengundi wanita di Pulai hampir 50 peratus … jadi jentera wanita PH-BN perlu berkerja keras bersama-sama untuk memikat hati mereka.

“Kempen rumah ke rumah oleh jentera wanita PH-BN sebenarnya amat membantu, kerana wanita mempunyai teknik tersendiri untuk memberi penjelasan dan meraih undi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Wanita Pakatan Harapan Johor di Gertak Merah, Johor Bahru di sini hari ini.

Himpunan itu turut dihadiri Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek merangkap Menteri Pendidikan dan Suhaizan serta lebih 300 jentera wanita PH-BN.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundi wanita di Parlimen Pulai meliputi 49.76 peratus atau 89,929 orang daripada keseluruhan 166,653 pengundi berdaftar.

Sementara itu, Suhaizan berkata memasuki fasa kedua atau minggu akhir kempen PRK, jentera wanita PH-BN akan lebih tertumpu kepada kempen dari rumah ke rumah.

“Jentera wanita memberi penjelasan kepada pengundi dan mengajak mereka untuk turun keluar mengundi pada Sabtu depan.

“Setakat ini, respons pengundi wanita amat memberangsangkan dan kita akan teruskan momentum ini sehingga hari pengundian dan diterjemah atas kertas undi,” katanya.

Pada PRK Parlimen Pulai yang ditetapkan 9 Sept ini, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas.

PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas. – 2 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related