Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kek Vegetarian Jalur Gemilang catat rekod MBOR sempena Hari Kebangsaan | Scoop

Kek Vegetarian Jalur Gemilang catat rekod MBOR sempena Hari Kebangsaan

Seberat 750 kg serta bersaiz 2.7 m panjang dan 1.5 m lebar, kek itu dihasilkan dalam tempoh 48 jam

10:11 PM MYT

 

ISKANDAR PUTERI – Kek vegetarian berbentuk Jalur Gemilang gergasi yang dihasilkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 hari ini, mencipta sejarah apabila tercatat dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai kek vegetarian terbesar.

Master Cef Selebriti Malaysia, Michael Ooi Beng Hock yang mengetuai pembuatan kek itu berkata, ia dihasilkan dengan kerjasama Tourism Johor dan kumpulan cef dari beberapa hotel di negeri berkenaan serta Persatuan Juara Juru Masak Malaysia (MCMA).

Katanya, kek seberat 750 kilogram (kg) serta bersaiz 2.7 meter (m) panjang dan 1.5m lebar itu, dihasilkan dalam tempoh 48 jam.

“Kek ini tidak menggunakan telur, sebaliknya tepung, gula aising dan marjerin serta ditambah coklat chip dan coklat rice.

Secara keseluruhan kami guna kira-kira 600 kg tepung,” katanya.

Pasukan cef yang mengetuai penghasilan kek vegetarian Jalur Gemilang bersempena Hari Kebangsaan hari ini, menerima sijil pengiktirafan MBOR. – Gambar Tourism Johor, 31 Ogos, 2023

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pengiktirafan MBOR di Majestic Johor Festival (MJF) Edisi 2023 di Puteri Harbour di sini, hari ini.

Sesi memotong kek itu disertai Pengarah Tourism Johor Suhairi Hashim, Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Event Sdn Bhd, Datuk Saripah Raziah Mustapha atau Ifa Raziah.

Michael berkata, kek itu turut diberikan secara percuma kepada pengunjung festival berkenaan.

Pada masa sama, beliau berkata, penghasilkan kek vegetarian itu memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada cef muda yang menyertai acara berkenaan.

“Apa yang penting melalui acara ini, kita dapat tolong cef muda menimba pengalaman, lebih-lebih lagi dalam mempersiapkan diri mereka untuk menyertai pertandingan di luar negara,” katanya. MJF 2023 yang diadakan dari 26 Ogos hingga 3 September dianjurkan kerajaan negeri menerusi Tourism Johor dengan kerjasama pelbagai agensi dan Star Vendors. – 31 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related